Friday, 22 May 2015

Fetal Doppler

Hi uolls! Buat apa tu? Kali ni short entry je, maybe ;p


Happy sgt bila dapat 'mainan baru' ni. Fetal doppler. Siapa tahu? Fetal doppler yg diela beli ni paling basic. Murah je! Dia takde tunjuk berapa heart beat unborn baby kita, tapi skrg fone canggih2 boleh je install sendiri apps tu. Tinggal nk connect je. 

Tq to lilpeople2u . Siap ada freegift lagi tau, waist pants. 




1. Kalau risau, boleh dgr heartbeat selalu. Takde la tiap hari asyik nk pergi scan.
2. Dalam kotak tu ade 1 fetal doppler, earphone, battery cable utk connect ke speaker or recorder & manual.
3. Senang nk bawak pergi mana2, sbb kecik comey. Hee
4. Kalau gel dh habis, boleh guna lotion/baby oil. As long as the surface perot kita licin. 
5. Masa paling awal boleh dgr heartbeat 10w-16w. 
6. Kene cari elok2 sabar2 kt mana heartbeat tu boleh dgr. (Make sure minum dulu/jgn buang air kecil sblm scan)
6. Enjoy the moment ;)

Okay, dadaaaaaa. 

Monday, 18 May 2015

Residence Desa Lagoon Resort

Assalammualaikum! Cak! hehe. 

Ini cerita bila last minute baru plan nk holiday. Kalau dah last minute, hotel mana je nak ada kn? So, diela dgn husband diela just ke Port Dickson. Dekat tapi ada pantai. hee.

☆ Last year punya story jugak on our sweet escape.
☆ Last minute planned.
☆ Semua hotel penuh. Google jumpa 1 hotel ni, dia dekat jalan nak masuk ke Glory Beach Resort.

☆ Hotel baru : Paradise Spa Hotel.

Tidur 1 malam je, sebab nk hotel yg ada pantai. hee! Tp not bad hotel ni, Pool dia ada dekat rooftop. Bilik kecil sikit kalau standard room tp selesa lengkap dengan wifi yg laju! Foods dekat cafe dia pun okay, buffet breakfast yg byk choice. Kalau setakat nak rehat-rehat, atau pergi kenduri area sana ke, boleh la try hotel ni ;)


☆ Resort : Residence Desa Lagoon Resort.

Keesokkannya baru check in resort ni. Sbb dh weekdays baru ada kekosongan. Our accommodation 1-bedroom Deluxe Villa. Kalau korang pernah tgk filem "Aku Terima Nikahnya" haa! tu la resort yg kami stay. Maybe sbb weekdays or mmg tempat tu sunyi je seronok la nk feeling2 romantik gitu. Setiap bilik ada parking lot sendiri, which is korang takde la nk kene jalan jauh2 angkat barang atau pergi ke tempat parking. Bilik kitorang lengkap lah serba serbi ada, cuma microwave je takde. (takde nk guna pun). Boleh tgk sini ---> http://www.residenceportdickson.com.my/one-bedroom-deluxe . Antara yg best boleh intai org tgh berendam dlm bathtub sbb ade tingkap tembus dr bilik ke toilet. HAHA!


Swimming pool ada dua, kira semua villa dekat situ mmg view dia pool. Bilik kitorang atas kolam ikan. Ada pantai ! Jauh sikit je, tp menarik lah jugak. Boleh tgk resort sebelah menyebelah gitu. hee! Breakfast kitorang bukan buffet sbb mcm tak ramai so dorang preferred kita pilih set2 yg dorg dh menu kan :) Org kata kata kalau staff petronas boleh dapat disc bila stay kt resort ni.


Tengah pre-honeymoon so gambar macam tak ada!
Rule : No phone | gadget not allowed ;p

☆ Dinner : Medan Ikan Bakar
☆ Lunch : Asam pedas apa tah nama dia ( Jalan ke teluk kemang, kalau dari roundabout Hosp dia belah kiri)
☆Ada Coconut Shake best jugak.
☆Tempat nk beli souvernir pun melambak kat sana.

Tu je utk entry kali ni! Bubye. ;p

Love, KK.

Sunday, 17 May 2015

πŸŽ‚ Last year, Birthday Man. πŸŽ‚

Lepas je kata nak start all over again dkt blog ni, sampai dah pertengahan tahun baru reti nk update!
Hi semua orang, ada ke orang kat sini? :p

Masa mandi, masa tgh jalan2, masa itu masa ini, dalam fikiran terbayang2 nk update itu ini. Bila sampai je rumah lupa terus, sampai satu tahap lupa terus nak share apa. haha! Almaklumlah semenjak berumah tangga ni, tak boleh tak tatap muka husband walau sesaat pun. ecece!

Ok panjang nya "muqodimohhh". Walaupun dah berbulan dr tahun lepas lagi nk story jugak benda ni. Utk tatapan my sons/daughters, eh! haha. It was my Husband's Birthday, Nov last year on 14th.

Simple & last minute. (sorry sayang)

1. Surprised kan hubby 2 hari awal dgn family diela. Nak buat on the day of 14th tak boleh. Sbb busy utk wedding abang Aqi esoknya. hee! Malam ni menu special Nasi Ayam homemade by my sister. hee!


2. Surprised on 14th November 2014! Kelam kabut siap pergi kerja, bukak pintu rumah tiba2 terkejut nampak balloons & mini birthday card. Belum habis feeling2 touched masuk kereta hubby terkejut lagi penuh balloons dkt seat belakang. Bawah2 balloons tu lah terselitnya mini hamper utk hubby. hee! Thanks Mama bagi kerjasama tolong letak present & penuhkan kereta dgn balloon. Senyum lebar la satu hari tu kan b?? hihi.

Hubby update kt twitter ! :D
3. Surprised on 15th November, tapi yang ni iolls tolong rahsiakan je. Family mertua yg ordered cake semua. Sebabnya nak celebrate sekali dgn birthday abang Aqi. Malam wedding abg Aqi tu, masa tu la celebrate sekali. Ber"barbeque" semua. Alaaaa sweet suap2 cake adik dgn abang ;p iolls tade pic on that night, sbb tak sehat -_-"

4. Yaaaa! Belum habis lagi. Takkan habis! Ni mmg dh planned dgn my pretty ladies awal2 lagi. Semua preparation trough online n postage barang2 semua dekat rumah Isya. hee! Order chocolate cake, apam polka dot & mini blueberrry cheese cake dkt Kay's Delight. Dia hantar dekat rumah Isya supaya mudah pretty ladies buat preparation dkt location nak celebrated. (Tasik Titiwangsa, pilih sini sebab taman lain dh boring!). Diela memang suka garden2 nih. Pagi2 tu pening kepala mcmna nk ajak hubby keluar, jenuh la created cerita itu ini. haha! Dh nk smpai tu, suruh hubby berhenti tepi n tutup mata dia. hehe! Surprised tak b?? ke buat2 je. haha! Tq team Pretty Ladies + Awok & Yunus for everything. 

Tq pretty ladies! walaupun tak cukup ahli2 nya, nnt next occasion kita picnic lg!
Birthday card design : Aisya Rahim
Photo : Zaty Zakarie / Yunus aka Iena Noor

Amacam hubby? Banyakkan surprised last year? Almaklum la first time celebrate as husband & wife. Lepas ni ade baby sepat wish jela. hihi! Ingat senang ke nk plan bila dh duduk 1 rumah? Takut kantoi je tau, hahaha. Nwy, I hope u had so much fun & joy with me sayang. I love you!



p/s ; Diela rasa entry diela untuk tahun ni adalah cerita tentang tahun lepas. Boleh ke? Suka hati la! Blog diela. haha! Bubye. Salam.

Love, kk.



Tuesday, 4 November 2014

Start All Over Again! ;)

Hi, salam sweet dr iolls! 

Start all over again, tp kenapa ade lg post lama2? hee. Saje! Biar sedikit sebanyak sbg kenangan manis time muda mudi, kah!:) So, agak byk la post yg da delete. Tapi sama mcm dulu, still PrincessAdilla. Princess of Khairi. ececeh!

Sekian, bye bye bye. hee! 

Love, diela. kk

Friday, 14 February 2014

It's 2014

Oihh! Lama gila, lama gila ta update! Nwys, diela mmg bukan blogger! N kewujudan blog nih pun rentetan dari program yg lepas. Skrg ni diela da ada life baru, yeayyy! Alhamdulillah. InsyaAllah diela dapat beza antara minat dan suka, cita dan cinta, sempena tahun baru nih, cewahh!

Ape pun, Salam semuasemuanya~

Status skrg : TUNANG

Haha. Saje je iolls nk mention kat situ, i da selamat jd tunangan org :) Alhamdulillah. Life mmg2 sgt berbeza skrg nih. Diela dah kerja ikot apa yg hati diela nak sblm nih sbnrnya, hihi.
Diela  di risik pd raya ketiga tahun lepas, 10/08/2013. 

Memandangkan setelah sekian lama tak update, diela nk update ttg hari pertunangan diela, sesuai la kan?-First entry for 2014 & 01/01/2014 was the date of my engagement day- 


  1. Baju : Ramai yang tanya diela sewa/tempah baju tunang?diela TEMPAH. Diela tempah ikot design yg diela & akak diela da discuss ala2x je. hee! Diela nak nmpk simple but still nice so tempah jela. Memandangkan klu sewa mcm agak susah sbb size bdn diela yg hurmmm. Kalau tailor tu nk alter mmg sakit hati, sbb diela pendek. HAHA manik n lace tu hasil tgn kakak yg jahit, superb!
  2. Pelamin : Mama yg buatkan, serious! Mama yg hias semua. Beli bunga2 n lain2. Diela just sewa carpet bulu & stool je :) Even platform utk mini pelamin pun ambil dr office papa, very cut the cost. Still simple n nice for me :)
  3. Hantaran : Diela pilih pink & cream as the theme colors. Diela hadiahkan 7 dulang kpd pihak lelaki berbalas 5. Mama yg deco hantaran diela tu, so proud of mama. Creative to the top! ehee. Platform utk hantaran still guna material yg sama dgn mini pelamin.
  4. Menu : Memandangkan majlis berlangsung dlm pukul 12 tghri, so menu nasi putih la :) Berlaukan citarasa kampung, belah ptg nya mula jamuan ptg utk jiran tetangga.
  5. Khemah : Diela Sewa 1 khemah dgn scallop combined color between pink and blue. Cantik! Simple, i loikkkeee as usual. 
  6. Photographer : Diela jemput bestfriend dtg ke majlis diela, kebetulan husband dia photographer, terus die offer harga kawan2. Grab it! hehe. Cantik photos dia .
  7. Doorgift : Sebenarnya takde pun takpe, tp mama yg beli. So, tetamu dapat la. Kanak-kanak punya doorgift sgt laris, diela bg cawan yg agak comel & dlm dia isi mcm2 jenis coklet & gula-gula.
  8. Make up : Service make up nih mmg khas dr https://www.facebook.com/pages/Dchantek-Aelisha-Salon . She's my sister, gojes make up from her. Thank you !!
Last but not least,hemEhem, tunang diela lah. huhu. He's my hero , love him <3 InsyaAllah, murah rezeki tahun ni juga kitorang akan di IjabQabul kan, aamiin! Doa kan yg terbaik ye. Mekasehhh!

Hantaran






Idea or anything? Love, Diela :)

Thursday, 15 August 2013

♪♪ Ramadhan lalu ♪♪

♪♪♪♪♪Berlalu lah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa!♪♪♪♪♪
Salam Manis.

Diela just nak share2 pengalaman puasa tahun nih! Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Semoga bertemu lagi di Ramadhan akan datang, insyaAllah. Ramadhan yg lalu, memberi seribu makna dalam hidup diela. Di situ la perjalanan baru dalam hidup diela bermula. Semakin positif! So, mcm excited gila la untuk Ramadhan lepas, hewhew~

Akibat ramai kenalan, so mcm kerap jugak lah berbuka puasa kat luar! First week puasa semua berjalan dengan baik :) Seronok dapat berbuka puasa dengan family. Walaupun tak dpt pergi tempat2 yg jauh sikit mcm sbelum nih, tp boleh la kan? As long as family dekat dengan kita.

-Malaya Steamboat- I love my Family! Papa takde dlm photo pulak. hish!
17 July 2013 bersamaan 8 Ramadhan, berbuka dgn kesayangan saya yg nih dekat Curve. She's the one kawan baik diela yg dekat Rawang since diela secondary school.

I Love you Leyha.
2nd week of puasa, berbuka dekat rumah KK! First time dapat kenal betul2 dengan family beliau. The best part was, diela rasa mcm tetamu khas. Mmg special habis juadah yg dihidangkan. Ala2, western gitu. Semuanya homemade tu yg syok tuuu. His family was so kind and nice on me :') 

On that night, we planned to bring Qiela cari barang dekat Danau Kota, but phewww! Org mcm semut, so tiba2 kitorang pergi tgk wayang, "Turbo". Haha! Tiba2 tau! Me? Mcm biasa lah kan, zZzzz je dalam panggung. Esoknya, in one day, kitorang pergi Aeon Big (carrefour), KL festival, JJ & Wangsa Walk. Walawehh! Penat tak penat gak lah. Then berbuka dekat Pizza Hut dgn KK, Abg Aqi, Mimie, Hafif n kawan2 Hafif. A long weekend i've been through I guess.

Friday on 26th July, berbuka pula dgn bestfriend masa zaman Poli dulu, Datin Syazwani! Bakal isteri Dato' Ikhwan bulan 11 ni, insyaAllah. Punyalah rindu setelah sekian lama tak jumpa! Patutnya Fiqa Mazlan ada skali, but then last minute dia ada hal, it's okay bebeh, try to make it next year ok. haha. Last jumpa Wanie, raya tahun 2009, ke 2010. Lama kot!~ 

I love you Wanie. -The Cabin-
Lepas berbuka dgn Wanie, terus 'bergegas' ke Gombak, I had a date wtith my lovefriends. 4As' Adila, Aisya, Amalina & Asyiela. Mereka ni pun dh lama saya tak jumpa, yaAllah rindunya :( Dpat lh berchitchat sakan walaupun masa ala2 mencemburui kitorang. Banyak story baru yg nak dikongsikan. I Love four of you forever!! 

Saturdayyyy, 27th July! Berbuka puasa dgn ex-schoolmates dekat Nandos! Then nak lebih relax n santai, ramai2 pergi lepak The castle. Cramp pipi, gelak sakan ngn depan depa baq angg. Isu yg dibangkitkan of course lah zaman2 hingusan dulu. We laugh like we own that place. HAHA. A great night with all my friends ;)

3rd August, berbuka puasa dekat rumah Kina dijamu dengan Nasi Lemak. Ni majlis berbuka puasa dengan ex-classmate masa dekat Poli dulu. Senang kalau Tg Malim semua nk dtg, katanyaa! hihi. As I said, Last year, most of them was single. Today they do have a partner, next year some of them will getting married. And the next coming year after that, when we gather again, I bet, they will have a child. So, this is life.

Well, kalau nak continue cerita pengalaman puasa kali ni mcm byk sgt. Berbuka puasa lambat, berbuka dkt Jalan TAR, semua tak habeh nk habaq. hehe! Byk juga photosss yg ta dpt na share coz tade dalam simpanan. Ada dekat mereka2 lagi, nnti ceq mnta n terus share dekat fb ja okay.

Semoga bertemu lg di Ramadhan yg akan dtg, insyaAllah. Jadikan Ramadhan lalu sebagai langkah baru dalam hidup kita ke arah yg lebih baik. Semoga Ramadhan lalu jua mengeratkan silaturahim antara kita.

Sekian, Thanxxx. Diela! KK

-yang ta sempat berbuka puasa menikmati iftar bersama, i'm so sorry. Raya nih kita cuba jumpa okay-








Monday, 22 July 2013

Rasa ini.

Menahan.

Kekadang hati terusik dek cereka lampau yang ada masa bagai dihiris rasa. Nah, bukan akal sombong mahu ke hadapan cuma bila perasaan ingin tahu mengundang seluruh anggota, untuk mencari dan terus mencari. 

Menoleh ke sesuatu yang sudah lapuk berhabuk kisahnya. Adakah itu teladan? Jangan teladan itu dinyatakan terang penceritanya mahupun pelakonnya, bimbang nanti dunia hadapan lebih rumit. 

Selesai aku sedikit demi sedikit memadam yang tersurat supaya yang bakal tiba tiada merasa apa yang aku lalui, biarlah dan lerailah hanya secebis memori. Cukup mungkin sekadar berkongsi jangan itu dan jangan ini, cuba itu dan cuba ini. 

Aku juga punya hikayat. Kau juga begitu. Mengerti lah hati ini, hati kau. Hapuskan itu supaya atma tidak terseksa, hati tidak bersoal. 

Semoga tabah! InsyaAllah, aamiin.


Kedamaian. Cuba luah walau sukar untuk dierti, Diela. KK