Thursday, 1 November 2012

It's November!



Wow. Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan baru, hari baru. Maknanya hampir 3 minggu tak update blog. Sorry gang! :P

Hai semuaaaa, Salam manis Salam rindu dr Diela.Ecece
    Bukan merajuk atau apa, cuma tak berkesempatan nak calit-calit kata kat sini. Apa pun, untuk entry kali ini Diela nak story tentang malam Grand Finale SimplySiti Star Search yang tlh diadakan pd 20 Oktober 2012 di The Strand, Kota Damansara. Agaknya semua dah sedia maklum, bukan luck Diela or rezeki Diela untuk merangkul gelaran juara pada malam tu. Tapi haaa, ada tapinya tau. Diela bersyukur sgt2 sbb terpilih sbg finalist SimplySiti Star Search ni. Bukan senang nk berada di tahap ni, Diela pun masih terkejut. Betul ke Diela antara finalist tu? hehe. Apa pun, Diela dah buat yang terbaik malam tu & Diela rasa itu kali pertama dalam hidup Diela sertai program2 cenggini. Diela rasa sgt puas hati! Persaingan semua sengit2 n kesemuanya dah tonjolkan persembahan yang terbaik! :D Tahniah buat semua finalist. 


    Ok, malam tu adalah satu pengalaman baru buat Diela. Tak pernah tercapai dek akal tau! huhu. Diela mendapat tugasan lakonan di mana Diela diberi watak sebagai seorang gadis yang beriya benor nak kawen, last2 'boyfriend' gadis tu tak nak kawen dgn dia. "meroyan lah gadis tu". haha. Partner lakonan Diela Epy Raja Lawak 5! Thanks kat Epy yang byk bantu Diela untuk hidupkan lg watak tu. Tak lupa juga dekat akak Siti Aziz, abg Zalif Sidek & KAK LIN. I miss you Kak Lin, kak Lin byk beri tunjuk ajar & semangat buat Diela. :)  Sambung balik, hehe. Yang bestnya mama, akak, semua family Diela n kawan2 Diela dtg siap bawak sepanduk lg tau. Penyokong Diela mlm tu pakai PINK :P Meriah sgt malam tu. Apa yg Diela fikir, malam tu show Diela, Diela kene buat show. Kali pertama agak kekok lah, tapi bila dah berdiri dekat situ Diela lalui dgn semangat yang kental! hehe.

    Juri pada malam tu tentulah Dato' Siti Nurhaliza, Mejar David Teo & kak Izza Syafinaz. Bukan senang nk buat persembahan bila kita tahu ada juri yg memerhati dan akan dikritik ataupun dipuji. :D Terima kasih juga buat juri-juri pada malam tu sbb dah beri byk tips semasa dlm kelas & rehearsal. (Nanti Diela update cerita-cerita dlm kelas eh, bukan janji tp pasti :p ) Scha & Awal jd pengacara majlis pd mlm tu, sedih tak dpt ambil gambar dgn dorang.hee! Ok, tak lupa sekalung tahniah buat 3 juara pd mlm tu kak Hidayah, Liyana & Musalmah. You guys deserve it !! Semoga terus maju jaya. Last but not least, to all the crews kak Hanim, kak Liyana, Kak Fiza & the gang. Thanks sbb terus-terusan layan kerenah Diela sepanjang program ni berlangsung. hehe! U guys the best. 

Kenangan itu lah pengalaman & pengalaman itu lah yang paling berharga dan tak dpt diperolehi dengan wang ringgit Akan merindui semuaaaaanya :D


Persembahan penutup dr Dato' Siti.
Antara babak lakonan Diela.
Nampak tak nama Diela? :P
We alls :D