Monday, 22 July 2013

Rasa ini.

Menahan.

Kekadang hati terusik dek cereka lampau yang ada masa bagai dihiris rasa. Nah, bukan akal sombong mahu ke hadapan cuma bila perasaan ingin tahu mengundang seluruh anggota, untuk mencari dan terus mencari. 

Menoleh ke sesuatu yang sudah lapuk berhabuk kisahnya. Adakah itu teladan? Jangan teladan itu dinyatakan terang penceritanya mahupun pelakonnya, bimbang nanti dunia hadapan lebih rumit. 

Selesai aku sedikit demi sedikit memadam yang tersurat supaya yang bakal tiba tiada merasa apa yang aku lalui, biarlah dan lerailah hanya secebis memori. Cukup mungkin sekadar berkongsi jangan itu dan jangan ini, cuba itu dan cuba ini. 

Aku juga punya hikayat. Kau juga begitu. Mengerti lah hati ini, hati kau. Hapuskan itu supaya atma tidak terseksa, hati tidak bersoal. 

Semoga tabah! InsyaAllah, aamiin.


Kedamaian. Cuba luah walau sukar untuk dierti, Diela. KK