Thursday, 1 November 2012

It's November!



Wow. Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan baru, hari baru. Maknanya hampir 3 minggu tak update blog. Sorry gang! :P

Hai semuaaaa, Salam manis Salam rindu dr Diela.Ecece
    Bukan merajuk atau apa, cuma tak berkesempatan nak calit-calit kata kat sini. Apa pun, untuk entry kali ini Diela nak story tentang malam Grand Finale SimplySiti Star Search yang tlh diadakan pd 20 Oktober 2012 di The Strand, Kota Damansara. Agaknya semua dah sedia maklum, bukan luck Diela or rezeki Diela untuk merangkul gelaran juara pada malam tu. Tapi haaa, ada tapinya tau. Diela bersyukur sgt2 sbb terpilih sbg finalist SimplySiti Star Search ni. Bukan senang nk berada di tahap ni, Diela pun masih terkejut. Betul ke Diela antara finalist tu? hehe. Apa pun, Diela dah buat yang terbaik malam tu & Diela rasa itu kali pertama dalam hidup Diela sertai program2 cenggini. Diela rasa sgt puas hati! Persaingan semua sengit2 n kesemuanya dah tonjolkan persembahan yang terbaik! :D Tahniah buat semua finalist. 


    Ok, malam tu adalah satu pengalaman baru buat Diela. Tak pernah tercapai dek akal tau! huhu. Diela mendapat tugasan lakonan di mana Diela diberi watak sebagai seorang gadis yang beriya benor nak kawen, last2 'boyfriend' gadis tu tak nak kawen dgn dia. "meroyan lah gadis tu". haha. Partner lakonan Diela Epy Raja Lawak 5! Thanks kat Epy yang byk bantu Diela untuk hidupkan lg watak tu. Tak lupa juga dekat akak Siti Aziz, abg Zalif Sidek & KAK LIN. I miss you Kak Lin, kak Lin byk beri tunjuk ajar & semangat buat Diela. :)  Sambung balik, hehe. Yang bestnya mama, akak, semua family Diela n kawan2 Diela dtg siap bawak sepanduk lg tau. Penyokong Diela mlm tu pakai PINK :P Meriah sgt malam tu. Apa yg Diela fikir, malam tu show Diela, Diela kene buat show. Kali pertama agak kekok lah, tapi bila dah berdiri dekat situ Diela lalui dgn semangat yang kental! hehe.

    Juri pada malam tu tentulah Dato' Siti Nurhaliza, Mejar David Teo & kak Izza Syafinaz. Bukan senang nk buat persembahan bila kita tahu ada juri yg memerhati dan akan dikritik ataupun dipuji. :D Terima kasih juga buat juri-juri pada malam tu sbb dah beri byk tips semasa dlm kelas & rehearsal. (Nanti Diela update cerita-cerita dlm kelas eh, bukan janji tp pasti :p ) Scha & Awal jd pengacara majlis pd mlm tu, sedih tak dpt ambil gambar dgn dorang.hee! Ok, tak lupa sekalung tahniah buat 3 juara pd mlm tu kak Hidayah, Liyana & Musalmah. You guys deserve it !! Semoga terus maju jaya. Last but not least, to all the crews kak Hanim, kak Liyana, Kak Fiza & the gang. Thanks sbb terus-terusan layan kerenah Diela sepanjang program ni berlangsung. hehe! U guys the best. 

Kenangan itu lah pengalaman & pengalaman itu lah yang paling berharga dan tak dpt diperolehi dengan wang ringgit Akan merindui semuaaaaanya :D


Persembahan penutup dr Dato' Siti.
Antara babak lakonan Diela.
Nampak tak nama Diela? :P
We alls :D







Friday, 12 October 2012

Peminat Setia

Salam manis, Assalammualaikum. Hye :)

http://www.facebook.com/LisaMalaysia

Ok, diela mmg sgt2 addicted dgn magazine ni. Sampai dah tak muat almari. Separuh dah hantar kat salon separuh dah bg pd ank2 jiran lain. hehe! Boleh dikatakan dlm sebulan tu RM20 mmg Diela akan peruntukan untuk beli majalah sahaja. Lg 1, Diela juga suka sgt baca komik. Seronok tau dapat berangan2 ni. Ni lah hiburan Diela waktu lapang atau sebelum tidur. Hr tu dapat due lg komik, ada org belanja :D tq!  

http://www.facebook.com/ardiela.dielahttp://www.facebook.com/LisaMalaysia
Itu sahaja, bye bye bye :)

Monday, 8 October 2012

SS,SGLC

Assalammualaikum.
Haiiiii, u olls, hari ni i olls  nk share something lah dgn u olls. Smlm I olls bawa mama jalan2 dekat Shah Alam, n u olls tau. We olls pergi PKNS! Macam yg dah i olls gtau sebelum ni, SimplySiti ada buat "SimplySiti Fabulous Warehouse Sale 2012". Ni yg i olls dpt beli. huhu!
Discount 70% dr haraga asal ;)
Rugi lah pada u olls yg tak pergi. hehe! I olls beli Simply Gorgeous Lip Color, "Ku milikmu" & "Cinta Ini". Sila beli & cuba! ;D Sekian.bye bye bye!

*Diela suka bawa mama jalan2 walaupun penat kalau ikut mama shopping. hee! Tu je yg mampu buat untuk mama skrg.

Sunday, 7 October 2012

Tipu tipu tipu!

Holla, Assalammualaikum kawan2 ku yg manis umpama gula2 :) keh3x!
Ni excited ke hape tak tahu lah. Antara percaya dgn tidak je ni. Cuba tengok ni :
Berani Mati tunjuk benda ni. hee!
Bab2 ketinggian tu harap2 la tak betul, konon2 mcm machine tu rosak ke. Boleh tak mcm tu? haha. Tapi kalau bab berat tu, tolong lah betul seadanya. Yg tinggi tu betul kah? Kejap 151cm kejap 153cm. Mana satu betul. haihh, tinggi boleh berubah2 ke? Kalau berat tu yelah boleh consider lg, mungkin mmg dah turun sekilo dua. :P hehe. 

 Kemungkinan drpd sebahagian berat tu boleh berpunca drpd pengambilan makanan di atas secara berlebihan. Diela mmg hantu klu bab2 cake ni. Suke beno! Lg2 klu yg comel2 tu. Teruja ok. Diela salu jugak buat cake ni, tp yg salu jd rainbow cake je. Tolong la siapa2 belanja diela satu cake. huhu! T.Kasih.

Love, Diela.






Saturday, 6 October 2012

My Imagination tools.

Assalammualaikum, salam manis selamat pagi semua :)
Wahh. segarnya pagi2 ahad cenggini. 

2 buku yang dapat beli semalam, SUKA.

Pagi ni Diela just nk share aktiviti Diela semalam. Tak ada ape yg menarik cuma window shopping :P n yg bestnya dapat beli novel baru & buku sudoku . . ade 1000 sudoku dlm tu! best gila. 

Diela bukan lah penggemar novel tegar, tapi once Diela baca novel tu, cant stop! Diela suka imagine semua yang ada dalam novel tu dan semestinya la letakkan feeling watak utama dalam diri Diela. hehe! Dr novel jugak la Diela dapat ambil mood n kdg2 tu, akibat novel tu jugaklah boleh effect Diela punya mood atau perangai untuk the whole day. Haaa, susahkan klu part2 novel tu sedih. Nanti mood Diela mula lah mendung je. wehhh! haha

Btw, buku yg ni pula diela beli bukan sbb nama diela. Bukan juga sbb cover die yg cun. Dan bukan jugak sbb sinopsis dia. Diela beli awal tahun dulu tanpa motif, tp sampai sekarang tak baca lagi. hehe! bz lah. Tapi Diela tertarik dgn title novel tu "Adilah Cik Serba Tahu". Diela rasa mcm Diela yg serba tahu tu. haha. Adakah benar Diela cik serba tahu? :P

                            Sekian Sahaja untuk entry kali, ketemu di entry seterusnya. 


   Love, Diela



Thanks Zalora Malaysia :D

Salam wahai cik adik manis . . short note with a million thanks.

Good news for us, finalist SimplySiti Star Search! Final kitorang 20hb Okt '12 ni, Zalora Malaysia yg akan sponsor! Bestnya :D Terima kasih daun keladi buat Zalora Malaysia sbb sudi sponsor pakaian kami nanti. Diela rasa ramai je yg dah tau portal shopping online ni kan? Alaaa, yg iklan dlm tv tu "screaming girl" bila delivery man ketuk pintu rumah. Funny! So, kalau yg malas2 nk keluar rumah, tak ada masa ke nk pergi shopping boleh la shopping online sambil meniarap, baring, duduk, berdiri, sambil makan, bergolek2 ke depan laptop/pc tu. Clothing from head to toe tau. hehe! Thanks again Zalora Malaysia.

www.zalora.com.my
www.zalora.com.my

Happy Shopping ;)

Wednesday, 3 October 2012

New Task :D


Assalammualaikum, salam manis buat blogger’s’,  reader’s’ 
 lover’s’ and friend’s’. hewhew
~,~
Wow! Pada pagi yang hening Jumaat lalu Gedex dtg ke rumah Diela dengan membawa satu task baru yg dikirim khas dr pihak SimplySiti, MiG & Majalah Lisa. (Ayat, again! haha) Homai homai . . . task ape ye? Cuba tengok ni :

DVD Filem 3 Temujanji

Ha . . what do you guys think? What type of task? Who’s gonna be my partner? Movie ni Diela pernah tengok dekat panggung wayang dulu. hehe! Apa lagi, tunggu saja update dr Diela ya. Hahahaha! Sebenarnya nervous ni tu gelak melebih2. Hehehehe! Apa pun kene prepare utk pengalaman manis ni! ;) Sekian. Huhu.

Thursday, 27 September 2012

Wise Driver


Assalammualaikum! Hai! *garang

     Hari ni terbuka hati terbuka minda Diela nak bg ceramah tanpa tauliah juga pesanan kat semua! (Tarik nafas, lepas perlahan-lahan) Tenangkan hati , senyum & mula :
Kalau boleh jgn typical sgt lah ya, kalau yang pandu kurang baik tu mesti cakap mcm ni “haa, tu mesti perempuan yang bawak kete tu” atau “perempuan. . . . . dah agak dah” & “perempuan kalau bawak kete memang mcm ni!”, so which one are you?

     Let us change our Malaysian perception and be positive! The most important thing is, be a wise driver :D Tak rugi pun dan sebetulnya akan memberi kebaikan kepada semua.Antara statistik terkini:

STATISTIK KEMALANGAN JALAN RAYA DAN KEMATIAN
KESELURUHAN MALAYSIA

BERTARIKH : 24/1/2012 (SELASA)

JENIS JALAN
(TYPE OF ROAD)
JUM KEMALANGAN
(TOTAL ACCIDENTS)
JUM KEMALANGAN MAUT
(TOTAL FATAL ACCIDENTS)
JUMLAH KEMATIAN(TOTAL FATALITY)
LEBUHRAYA(EXPRESSWAY)
114 
2
2
JALAN PERSEKUTUAN
(FEDERAL ROAD)
 240
4
6
JALAN NEGERI
(STATE ROADS)
146
5
5
JALAN BANDARAN
(MUNICIPAL ROAD)
321
2
2
LAIN-LAIN JALAN
(OTHER ROAD)
69
0
0
JUMLAH
(TOTAL)
890
13
15


Sumber: www.rmp.gov.my

Apa kata kita pakat ramai2 turunkan atau sifarkan terus peratus2 negatif tersebut, sakit mata tengok plus sedih :(

Diela nak sentuh 4 benda yang selaluuuuuuu sgt buat Diela marah!! Marah ni! :

  •  Kalau nak masuk simpang tu, jgn lah kedekut bg signal. Signal tu sgt penting buat pemandu lain. Ni tak, masuk simpang nk ke mana2 tak bg signal boleh buat org lain emergency break/ hilang kawalan.
  •  Jangan ‘double-park’! Ini akan menyusahkan orang lain. Takkan lah kita nak tekan hon sampai berjam2. Kalau rasa ada urusan yg lama, cari lah tempat parking yg sesuai, jgn susahkan org lain yg kdg2 urgent untuk ke tempat lain.
  •  Potong Q, Q? Yes, Queue! Ini lah penyumbang kepada masalah sesak yang sudah sedia sesak. Cuba lalu bergilir-gilir kereta kiri dan kanan tu, sesak boleh dikurangkan. Kalau rasa nak cepat sampai, SILA KELUAR RUMAH AWAL!
  • Jangan pentingkan diri sendiri kalau ada kat atas jalan raya tu, timbang rasa lah sikit dgn pemandu kereta lain. Contohnya, kalau simpang tiga tu takde traffic light, eh! Boleh 5 jam gak lah kereta tu kat situ. Semua tak nak mengalah! Jd, timbang rasa supaya org lain pun akan timbang rasa dgn kita juga.


Ok. Dah lega sikit. Terima kasih kerana membaca sedikit luahan marah dr Diela. Hehe! Jd lah pemandu yang sabar dan bijak. Ingat-ingat lah mereka yang perlukan kamu semua. Peace yaw! 

Gambar hiasan :P


Wednesday, 26 September 2012

Halwa Kekuatan

Pernah sekali ku merasa hatiku
di kaki gunung,
Aduh, inginku daki agar tercurah
impian terkalbu.

Rintang-rintang itu ku tempuh
dengan titik-titik usaha,
Onak-onak itu ku lepasi
dengan kental walau tangis 
kadang mengiringi.

Reaksi hati pulang pergi
sedih gembira itu berganti,
Tika semangat nun redup,
semangat keliling menjadi
kekuatan.

Kini, aku berdiri nekad
berbekal usaha cukup
buat rezeki diri yang telah 
ditakdirkan.

Moga gemilang itu
ku kecap dan,
terima kasih tiada kira
buat mereka yang 
bersamaku.

Nukilan, Ardiela Rahman.

Tuesday, 11 September 2012

Catwalk :P

Salam manissss.

31hb Julai '12, di Berjaya Times Square Hotel, Diela & semua finalis brsa sgt bangga sbb dpt memperagakan produk terbaru dr SimplySiti  iaitu SimplySiti Bejeweled sempena pelancaran produk tersebut, gitewwww ayat. HAHA! Kami finalis tlh disolek menggunakan produk SimplySiti! Semua cantik2 tau..! Serious, Diela suka sgt dengan ‘lipstick’ yang Diela pakai mlm tu! Sangat sangat sangat bessssttt! Bibir Diela yang kering terus jd ‘moist’ & tahan lama gitu. Diela gunakan ‘Simply Gorgeous Lip Color, Purnama Merindu’.
Ok, ni ade 2 video  ‘make up’ tutorial dr Dato’ Siti menggunakan SimplySiti Bejeweled. Jom tengok!


     

Menarik dan sangat cantik kan kawan2! Hehe :D


In Lisa Malaysia Magazine


Diela happy sgt sbb dpt kenal dan beramah mesra dgn finalis2 masa tu, semua sempoi habis! hihi. Itu shj untuk entry kali ini, jgn lupa dptkan produk SimplySiti Bejeweled di pasaran! kekeke

Tuesday, 4 September 2012

Happy, Happy Birthday.


Salam, hyeee!

30 Ogos 2012 mlm MERDEKA lps, Diela attended diri ke birthday party BFF Diela (Iena Noor) kt Felda Villa. It was a great night, a great party! Well, diela ni ditugaskan untuk jd ‘penyambut tetamu’. Kalau ada event or party mcm ni lah baru Diela dapat bersemuka & melepas rindu dgn BFF Diela. (Aisya Rahim, Syiela O-lala & Iena Noor). They’re my soul mate, gossip  mate ;) Diela kenal dgn BFF Diela since standard 1 lg, around 1998 and we’re still together. Habis je majlis, sempat lah Diela tengok bunga api dekat KLCC, hehe! I Love Malaysia.

 Tema hitam putih! But 3 of us in pink color & birthday girl pula in gorgeous red.



Happy Birthday Iena Noor & Syiela O-lala <3

Thursday, 23 August 2012

Salam Sayang ❤



Hai. Salam perkenalan, salam manis dari saya Adilla Rahman :)

Sebagai tanda perkenalan, serba sedikit tentang diri akan Diela ceritakan di entry yang pertama ini. Merupakan gadis biasa tp (an ordinary girl but beyond ur imagination). Diela merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik, berasal dr Wangsa Maju, dibesarkan di Gombak dan menetap di Rawang bersama keluarga tercinta, ecece. Keluarga dan rakan-rakan merupakan penyumbang dan tunggak utama bagi diri Diela untuk mencuba sesuatu yang diela minat. Diela juga merupakan seorang yang sangat pemalu pada perkenalan pertama yeer, erlk. formalnya, kah! ;)